Khamis, 2 November 2017

ADAB TIDUR SUNNAH|Amalan Dan Adab Tidur~pesanan buat ummat

Disini akan dinyatakan beberapa amalan dan adab sunnnah sebelum tidur, ketika tidur dan selepas bangun drpd tidur.

Amalan dan adab sebelum tidur
1.Berwuduk

























Disunatkan berwuduk sebelum pergi ke tempat tidur.Orang yg berwuduk sebelum tidur malaikat akan bersama dengannya di dalam pakaiannya semasa tidur dan malaikat ada memohon pengampunan buatnya.

2.Membaca surah Al Mulk dan As Sajadah.Nabi SAW tidak akan mendatangi tempat tidur sehingga selesai membaca surah2 tersebut.
                                 




3.Menyelesaikan zikir2 yg tertinggal.Ulama mengsyorkan tasbih 100x,selawat 100x dan istighfar 100x pagi dan petang.

4.Solat sunat hajat dan taubat

5.Mencari tempat yg sesuai.Jgn tidur terlalu rapat dengan dinding.Jgn tidur di bwh palang.Jgn tidur di tempat wanita(jika di masjid).Jgn tidur di saf hadapan(jika di masjid).Jgn tidur di laluan orang keluar masuk.

6.Menggunakan alas tidur.Kita mesti menggunakan alas atau hamparan untuk tidur.Hampar alas dengan mengibas sambil membaca "La Haulawala Kuwwatailla Billah" 3x.

7.Muhasabah diri sejenak apa perkara baik dan buruk yg telah dilakukan sepanjang hari tersebut.Jika ada berhutang dengan orang sebaiknya dicatat dan diletakkan ditempat mudah dijumpai atau berpesan kepada orang yang dipercayai.Jika ada memberi hutang kepada orang sebaiknya diniat untuk dihalalkan(untuk mlm tersebut shj.slps bangun dikira berhutang spt biasa)

8.Membaca tasbih fatimah, SubhanAllah 33x,Alhamdulillah 33x, dan Allahuakbar 34x.Orang yang mengamalkan zikir ini dia aJkan diberi kekuatan seperti 2 orang hamba semasa bangun drpd tidur.

9.Membaca ayat Kursi sebanyak 3x.Bacaan pertama Allah SWT akan melindungi diri kita.Bacaan kedua Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita.Bacaan ketiga Allah SWT akan melindungi kita, keluarga dan seluruh kampung kita.Allahuakbar!!

10.Membaca surah Al Fatihah dan Al Kafirun.Fadhilat Surah Al Kafirun ialah  akan dilindungi Allah SWT drpd mati dalam kufur.

11.Membaca surah Al Ikhlas,Al Falaq dan An Nas dan dihembuskan pada telapak tangan dan disapukan ke seluruh badan kecuali tapak kaki.Jgn menyapu tangan kiri pada muka.Ulang sebanyak 3x.

12.Cara tidur ada dua pertama tidur disebelah rusuk kanan dengan muka  mengadap kiblat.Kedua tidur telentang dengan kepala kearah kiblat dan tangan seperti dalam solat.
Tidur di lambung kanan

Tidur seperti dalam solat


13.Membaca doa tidur.


14.Mewiridkan Allah2 sehingga terlelap.

Amalan dan adab ketika tidur.
1.Jika bermimpi buruk,hendaklah bangun dan membaca "A'auzubillah himinassyaiton nirrajim" sambil membuat isyarat ludah di sebelah bahu kiri 3x kemudian sambung tidur.

2.Jika masih lagi mengalami mimpi yang buruk sebanyak 3 kali maka hendaklah pindahkan tempat tidur dan tidur ditempat yang lain.

3.Jika bermimpi perkara yang baik, disunatkan bangun dan solat hajat minta dimakburkan mimpi tersebut.

4.Jika bermimpi dan berhadas besar cepat2 bangun dan mandi hadas.

Amalan dan adab selepas bangun daripada tidur.

1.Membaca doa bangun tidur, mengusap muka dengan tangan kanan dan mengucap Alhamdulillah.



2.Membasuh tangan kemudian membasuh kedua2 qubul dan dubur.

3.Mengambil wuduk , bersugi dan menunaikan solat2 sunat.


Semasa kita tidur syaitan mengikat kita dengan 3 ikatan.Ikatan pertama akan terbuka apabila kita membaca doa bangun tidur atau menyebut nama Allah.Apabila kita berwuduk, ikatan kedua akan terbuka.Apabila kita menunaikan solat, ikatan ketiga pula akan terbuka.MaasyaAllah!!

4.Sebaiknya bangun di sepertiga malam.Solat tahajud, doa hidayat untuk ummat dan tilawah al Quran.

Semoga bermanfaat buat kita semua.Catatan ini masih banyak lagi kekurangan.Jika ada sebarang kesilapan dalam catatan ini saya mohon maaf dan harap boleh diperbetulkan.Kita sentiasa belajar drpd kesilapan.Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmah Allah SWT.Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan