Jemaah Tabligh terbunuh bas jatuh jaung | Berita Terkini



Merujuk kepada akhbar BH online sekurang-kurangnya 26 maut dan 46 lagi cedera, apabila bas penumpang menjunam ke dalam jurang di utara Pakistan, kata polis hari ini.
Kemalangan berlaku berhampiran kampung Dhok Pathan, kira-kira 115 kilometer ke barat daya Islamabad lewat semalam.
"Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dan 46 lagi cedera apabila bas hilang kawalan di lereng dan terbabas ke dalam jurang," kata pegawai polis tempatan, Fazal Abbas.
Bas itu membawa anggota pergerakan Sunnah, Tableeghi Jamaat dari bandar Kohat di bandar raya Raiwind, berhampiran Lahore, tempat perhimpunan tahunan mereka.
Abbas berkata, kebanyakan yang cedera dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan, tetapi sekurang-kurangnya 10 penumpang yang serius dihantar ke Rawalpindi.
Pegawai menambah, bas itu tidak mengikut laluan biasa ketika nahas dan menggunakan jalan berbukit, selepas satu lagi laluan ditutup disebabkan kabus tebal dan trafik.
Pegawai kerajaan mengesahkan kemalangan dan angka kematian. - AFP
Inna Lillahi Wainna Ilaihirajiun.Sama-sama kita doakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan