Jumaat, 1 Disember 2017

Adab Masuk Tandas ~ pesanan buat ummat

ADAB RINGKAS MASUK TANDAS

1.Membaca doa masuk tandas diluar tandas.


2.Menutup kepala.
3.Masuk dengan kaki kiri.
4.Memakai alas kaki.
5.Duduk dengan sunnah semasa membuang air besar dan kecil.
6.Istibraq.Berdehem semasa membuang air kecil dan besar.
7.Menyucikan dubur dan qubur sehingga hilang bau,warna dan rasanya.
8.Keluar tandas dengan kaki kanan.
9.Membaca doa keluar tandas semasa diluar tandas.



SELAMAT BERAMAL.NAK TAHU LAGI KITA KENA NIAT UNTUK BELAJAR, AMAL DAN SAMPAIKAN.IN SHA ALLAH!!

Doa Hari Sabtu~pesanan buat ummat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
...... DOA HARI SABTU....
ِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
ِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah,
Segala Puji syukur kami panjatkan atas nikmat-Mu.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, dosa-dosa isteri kami, dosa-dosa anak-anak kami, dosa-dosa adik-beradik kami, dosa-dosa sahabat-sahabat kami, dosa-dosa guru-guru kami, dan dosa-dosa semua kaum muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah,
Bukalah kepada kami Hikmah-Mu dan limpahkanlah kepada kami rahmat dari perbendaharaan rahmat-Mu.

Ya Allah,
Keluarkan kami dari kegelapan keraguan, kurniai kami dengan sinaran kepahaman, bukalah bagi kami pintu ilmu dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya Allah,
Sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat-Mu Ya Allah Engkau Maha Kasih Sayang.

Ya Allah,
Panjangkanlah umur kami, sehatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas semua.

Ya Allah,
Hanya kepada-Mu kami berharap dan berdo'a memohon pertolongan

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sabtu, 25 November 2017

TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA BANJIR ~pesanan buat ummat

Assalamualaikum.
saya akan kongsi satu tips yang sangat berkesan untuk mengelakkan kawasan tempat tinggal kita daripada musibah banjir.

Tips nya ialah dengan perbanyakkan ISTIGHFAR..

Semoga bermanfaat kepada kita semua.Selamat beramal..


Khamis, 9 November 2017

Kisah iskandar zulkarnain~pesanan buat ummat



Assalamualaikum tuan2
semoga dirahmati Allah SWT di hari Jumaat ini.Jom kita layan video uai dulu..

Khamis, 2 November 2017

Bayan Subuh Maulana Muhammad Saad|30/10/2017~pesanan buat ummat

(share drpd group wasap)
*Bayan Subuh 30.10.2017*
Maulana Muhammad Saad d.b

● Ummat ni kena tahu asbab2 utk melindungi diri dari azab api neraka. Dunia ni darul asbab yg tidak boleh diyakini tapi perlindungan akhirat adalah asbab2 yg mesti diyakini

● Dlm Al-Quran ada 4 pelindungan disebut oleh Allah utk seluruh manusia hingga hari akhir zaman/kiamat iaitu Iman, amal soleh ( ini yg kita faham pada hari ini). Namun sebenarnya ada 4 iaitu:

1- Iman
2- Amalan soleh
3- Tawassil bil haq- dakwahkan manusia kpd iman
4- Tawassil bil Sobri- dakwah manusia kpd berterusan dlm amal
● Manusia hari ni faham pelindung di akhirat hanyalah ada iman dan amal  tetapi tinggal 2 perkara lagi.
● Dakwah mesti dibuat yang tak boleh ditinggalkan ianya wajib. Dakwah ialah syarat sbg perlindungan dari azab Allah taala di akhirat. Allah tidak terima ummat ni kalau tinggalkan dakwah.
● Bila ada golongan yg mendakwahkan org lain kepada Allah maka ini akan menjadi asbab perlindungan dari  azab Allah yang nak menimpa ummat ini pada sesuatu tempat.
● Setakat suka saja kpd usaha dakwah tidak memadai jika tidak libatkan diri sendiri dalam usaha yang penting ini. Jika ada azab turun maka org seperti ni pun terlibat dgn azab juga.
● Bila ada amalan nubuwwah maka ada tarbiyyah dan hidayah. Dakwah mesti diteruskan walau macam mana keadaan spt ibadat juga yg tak boleh ditinggalkan seperti solat misalnya.
● Jadikan dakwah sebagai amalan yg sebati/kebiasaan dgn amalan manusia.
● Setiap Nabi berjaya walau tidak ada pengikut kerana dakwah mesti diteruskan  dlm semua keadaan.
●Bila Allah buat keputusan turunkan bala maka org yg menjalankan kerja dakwah saja yg akan selamat dari azab Allah itu.
● Imam Ghazali rah kata jika renung dan amalkan surah Al Asr ini sudah cukup utk menjadi panduan seluruh hidup manusia.
● Kesilapan paling besar bagi manusia di dunia ini adalah meninggalkan 4 asbab pelidungan ini.
● Dakwah utk diri kita. Org yg meninggalkan dakwah seperti org meninggal solat kerana tak puasa dan org meninggalkan puasa kerana tak solat. Org yang tidak belum beramal ( tak amal dulu pun) pun kena buat dakwah juga.
● Agama ibarat satu jasad- bila satu sakit yg lain turut menanggong kesakitan juga.  Seluruh ummat ini dlm satu kapal...tenggelamnya kapal ini maka seluruh manusia akan tenggelam.
● Kapal- di dalamnya ada golongan yang macam2 org , tinggal di atas dan di bawah. Yang bawah ingin tebuk kapal kerana nak air maka org di atas mesti melarangnya. Kalau tidak semua mereka akan tenggelam.
● Tabligh/dakwah ini bukan  persatuan- bahkan ia adalah satu perintah dari Allah bukan ikut suka hati. Orang beragama/alim/ibadat dan tidak beragama semua kena buat usaha dakwah.
● kita tidak ada hak utk  kata org itu tak dpt hidayah kerana kezaliman dan keburukan ummat. Kita hanya usaha dan doa utk ummat ini. ( kisah Nabi s.a.w di Uhud yg patah gigi dan kepalanya luka dan kisah di Thaif).
● Setiap Nabi diberi satu doa mustajab utk ummatnya. Nabi kita simpan doa ini utk ummat nanti pada hari kiamat seperti seorang Imam selesai solat( dia sdg bermusafir) yang akan berdoa sehingga makmum selesai solat (makmum bermukim-tamam 4 rekaat).
● Miliki iman dan beramal dan mendakwahkan kpd iman dan kpd amal ini baru lengkap. Org beriman mesti taat perintah Allah.
● Masjid bukan sahaja tempat solat tapi tempat berkumpul utk halqah iman juga. Bawa manusia ke dalam masjid dan hidupkan muzakarah iman dan amal di situ.
● Jadikan kalimah toyyibah sebagai kalimah percakapan kita sehari2 di mana2 saja kiita berada. Cerita kudrat Allah kpd manusia utk buang  dlm hati manusia selain Allah, menafikan makhluq.
● Banyak ucapan kita tak betul, diucap oleh org beriman juga contohnya
"yang bagi rezeki adalah Allah tapi asbab dari kedai saya  maka Allah bagi untung" Walhal, Allah tak berhajat dari asbab, tak boleh ada benda lain antara kita dgn Allah.
● Ada juga yang kata Allah yg bagi tapi melalui perantaraan dari ahlullah ( kenderaan yg bergerak dgn lampu sendiri lebih senang dgn lampu org lain)....ini bahaya boleh berlaku kemalangan. Kita tidak boleh menumpang amalan baik org lain, cahaya org lain.
● Kena nafikan seluruh makhluq dalam hati yakin kita. Keramat dari Allah bukan dari si ahlullah. Tak boleh menumpang keramat dari orang lain.
● 2 jalan saja utk mendapat yakin manfaat terus dari Allah..
1- Putus harapan dari selain dari Allah ( menidakkan selain dari Allah)
2- Taat segala perintah Allah
● Perantaraan asbab bukan dari makhluk, hanya melalui agama Allah sahaja. Tak bersandar dari benda yang kosong.
● Sahabat perolehi rezeki dari sumber yg bertentangan dgn asbab. Abu Bakar r. a perolehi susu dari kambing tua yg tak boleh keluar susu lagi.
● Seorang sahabat ada 21 biji kurma dalam uncang tapi dari uncang itu 1500 kilo ( 1.5 tan) kurma dari uncang itu. Lama selepas itu uncang itu hilang.
● Dalam asbab tidak ada janji Allah dan tidak ada kudrat Allah di dalamnya.
● Berniaga tidak menjanjikan untung tetapi dari amal agama dlm berniaga ( betul dlm berniaga) dan sedekah. Allah menyempurnakan janji Allah melalui amal agama yg kita buat.
● Ilmu dan amal - ilmu adalah tariqah/ jalan utk beramal
● Ilmu ada pada lidah dan pada hati. Amalan dibuat ikut ilmu. Fardhu ain belajar agama dlm hidup.... begitulah iman dan ilmu tak boleh dipisahkan. Belajar ilmu mengenal kpd makhluk adalah kemahiran ini bukan ilmu. Ilmu utk mengenal manusia kepada Allah itulah ilmu.
● 3 soalan dalam kubur
Siapa Tuhan kamu? (Kenal Allah s.w.t )
Siapa lelaki ini? (kenal Nabi s.a.w)
Apa agama kamu? ( Kenal agama)
Jadilah org yg boleh menjawab soalan2 ini dalam kubur nanti.

Bukan pengetahuan mengenai Nabi sahaja utk dicari tetapi yang penting adalah amal...kerana  amalan itu yg kita akan mengenali Nabi s.a.w  akan dpt menjawab soalan dalam kubur.
● Org yang bersedia utk kehidupan di kubur kita maka mudah baginya utk menjawab soalan2 dlm kubur.
● Org batil akan mengatakan semua pengetahuan adalah ilmu. Semua pengetahuan yg tidak membawa mengenalkan manusia kpd Allah adalah bukan ilmu.
● Alim ( yg disebutkan dlm al Quran) adalah org yang berilmu yg mengenalkan manusia kepada Allah.
● Orang yang maju dalam usaha agama ramai yang Fuqarak. Buat asaha agama dlm keadaan miskin sandaran kita pada Allah tapi buat asaha agama dlm keadaan kaya sandaran kita pada kebendaan.
● Kena putuskan harapan kepada dari makhluq. Sebanyak mana kita harap makhkuq maka semakin jauh kita dari Allah
● Harapan hanya kepada Allah 100% baru akan dapat manfaat terus dari kudrat Allah
● Zikir bukan hanya tasbihat sahaja ia sangat luas. 6 sifat sahabat itu semua zikir. Yakinndgn kalimah toyyibah adalah zikir, solat adalah zikir ( disebut dlm Quran sbg iman dan juga zikir), Ilmu juga zikir ( amal ilmu baru dikatakan zikir), Ikhlas juga dikatakan zikir. Niat hakikatnya adalah zikir.
● Zikir tiada had waktu- taat perintah Allah setiap waktu maka setiap masa kita berzikir. Setiap anggota kena guna utk berzikir ( taat perintah Allah). Zikir itulah ilmu. Zikir bukan hnya pada lidah sahaja tapi pada hati juga, menyempurnakan haq org lain kerana Allah.
● Hakikat zikir? Melihat org berzikir maka kita ingat kepada Allah. Org melihat kita amalkan agama (amalkan sunnah) maka org ingin amalkan agama juga.
● Syaitan akan cuba merosakkan niat manusia. Barangsiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasul maka ia dpt Allah dan Rasul....
● Ingat kepada Allah setiap masa dan keadaan jangan biarkan syaitan menguasai kita. Lalai seketika pun syaitan akan dtg merosakkan hati kita. Org ikhlas buat usaha agama akan maju dlm usaha ini
● Org yang ikhlas keluar di jalan Allah adalah org yg hanya mengharapkan dpt manfaat agama masa keluar tak boleh niat nak berniaga dll.
● Setiap kali kita beramal kita kena tahu sebab apa kita beramal. Bantu seseorang kerana Allah bukan kerana puak kita, kaum kita dan seumpamanya.
● Orang yang ikhlas buat usaha agama akan maju dalam usaha dakwah ini manakala org yang tak ikhlas akan terkebelakang.
● Buat kerja agama kerana Allah yang satu maka ummat akan jadi satu (bersatu). Buat kerana benda dan sesuatu selain Allah maka ummat yg berpecah.
● Jadilah orang yang muhajir iaitu orang yang hijrah dari tak baik kepada lebih baik. InsyaAllah kita lapangkan masa keluar hijrah di jalan Allah.

Pencatat : HABA

ADAB TIDUR SUNNAH|Amalan Dan Adab Tidur~pesanan buat ummat

Disini akan dinyatakan beberapa amalan dan adab sunnnah sebelum tidur, ketika tidur dan selepas bangun drpd tidur.

Amalan dan adab sebelum tidur
1.Berwuduk

























Disunatkan berwuduk sebelum pergi ke tempat tidur.Orang yg berwuduk sebelum tidur malaikat akan bersama dengannya di dalam pakaiannya semasa tidur dan malaikat ada memohon pengampunan buatnya.

2.Membaca surah Al Mulk dan As Sajadah.Nabi SAW tidak akan mendatangi tempat tidur sehingga selesai membaca surah2 tersebut.
                                 




3.Menyelesaikan zikir2 yg tertinggal.Ulama mengsyorkan tasbih 100x,selawat 100x dan istighfar 100x pagi dan petang.

4.Solat sunat hajat dan taubat

5.Mencari tempat yg sesuai.Jgn tidur terlalu rapat dengan dinding.Jgn tidur di bwh palang.Jgn tidur di tempat wanita(jika di masjid).Jgn tidur di saf hadapan(jika di masjid).Jgn tidur di laluan orang keluar masuk.

6.Menggunakan alas tidur.Kita mesti menggunakan alas atau hamparan untuk tidur.Hampar alas dengan mengibas sambil membaca "La Haulawala Kuwwatailla Billah" 3x.

7.Muhasabah diri sejenak apa perkara baik dan buruk yg telah dilakukan sepanjang hari tersebut.Jika ada berhutang dengan orang sebaiknya dicatat dan diletakkan ditempat mudah dijumpai atau berpesan kepada orang yang dipercayai.Jika ada memberi hutang kepada orang sebaiknya diniat untuk dihalalkan(untuk mlm tersebut shj.slps bangun dikira berhutang spt biasa)

8.Membaca tasbih fatimah, SubhanAllah 33x,Alhamdulillah 33x, dan Allahuakbar 34x.Orang yang mengamalkan zikir ini dia aJkan diberi kekuatan seperti 2 orang hamba semasa bangun drpd tidur.

9.Membaca ayat Kursi sebanyak 3x.Bacaan pertama Allah SWT akan melindungi diri kita.Bacaan kedua Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita.Bacaan ketiga Allah SWT akan melindungi kita, keluarga dan seluruh kampung kita.Allahuakbar!!

10.Membaca surah Al Fatihah dan Al Kafirun.Fadhilat Surah Al Kafirun ialah  akan dilindungi Allah SWT drpd mati dalam kufur.

11.Membaca surah Al Ikhlas,Al Falaq dan An Nas dan dihembuskan pada telapak tangan dan disapukan ke seluruh badan kecuali tapak kaki.Jgn menyapu tangan kiri pada muka.Ulang sebanyak 3x.

12.Cara tidur ada dua pertama tidur disebelah rusuk kanan dengan muka  mengadap kiblat.Kedua tidur telentang dengan kepala kearah kiblat dan tangan seperti dalam solat.
Tidur di lambung kanan

Tidur seperti dalam solat


13.Membaca doa tidur.


14.Mewiridkan Allah2 sehingga terlelap.

Amalan dan adab ketika tidur.
1.Jika bermimpi buruk,hendaklah bangun dan membaca "A'auzubillah himinassyaiton nirrajim" sambil membuat isyarat ludah di sebelah bahu kiri 3x kemudian sambung tidur.

2.Jika masih lagi mengalami mimpi yang buruk sebanyak 3 kali maka hendaklah pindahkan tempat tidur dan tidur ditempat yang lain.

3.Jika bermimpi perkara yang baik, disunatkan bangun dan solat hajat minta dimakburkan mimpi tersebut.

4.Jika bermimpi dan berhadas besar cepat2 bangun dan mandi hadas.

Amalan dan adab selepas bangun daripada tidur.

1.Membaca doa bangun tidur, mengusap muka dengan tangan kanan dan mengucap Alhamdulillah.



2.Membasuh tangan kemudian membasuh kedua2 qubul dan dubur.

3.Mengambil wuduk , bersugi dan menunaikan solat2 sunat.


Semasa kita tidur syaitan mengikat kita dengan 3 ikatan.Ikatan pertama akan terbuka apabila kita membaca doa bangun tidur atau menyebut nama Allah.Apabila kita berwuduk, ikatan kedua akan terbuka.Apabila kita menunaikan solat, ikatan ketiga pula akan terbuka.MaasyaAllah!!

4.Sebaiknya bangun di sepertiga malam.Solat tahajud, doa hidayat untuk ummat dan tilawah al Quran.

Semoga bermanfaat buat kita semua.Catatan ini masih banyak lagi kekurangan.Jika ada sebarang kesilapan dalam catatan ini saya mohon maaf dan harap boleh diperbetulkan.Kita sentiasa belajar drpd kesilapan.Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmah Allah SWT.Amin..

Jumaat, 27 Oktober 2017

ADAB TIDUR SUNNAH|mukadimah~pesanan buat ummat

Assalamualaikum.
tuan2 yg dimuliakan oleh Allah SWT sekalian.
Umur setiap manusia di akhir zaman ini secara puratanya hidup sekitar 60 hingga 70 tahun.Yang hidup lebih drp lingkungan itu ianya adalah bonus dan pemberian daripada Allah Swt.



Setiap manusia tidak boleh lari daripada mengantuk.Setiap hari kita akan menghabiskan sebahagian masa hidup kita untuk tidur dan rehat.Paling kurang kita akan tidur dan rehat antara 4jam sehingga 8jam sehari.Jika seorang itu berumur 60 tahun dan dia tidur 6jam setiap hari maka dia telah menghabiskan masa 15 tahun hanya untuk tidur.Dan jika dikira bermula drpd umur 12 tahun(baligh) hingga umur 60 tahun pula,dia telah menghabiskan masa 12 tahun untuk tidur.


Tuan2 yang dimuliakan sekalian, jika kita tidur dan tidak mengamalkan adab tidur mengikut sunnah Nabi SAW semasa tidur maka kita telah mengsia-siakan masa kita 12 tahun begitu sahaja.Sedangkan kita boleh mendapat manfaat yang besar daripada aktiviti tidur kita.Tidur adalah amalan yang paling ikhlas kerana tidak ada sifat sombong,riak dan takabbul dalam melakukan amalan tersebut.Dengan mengamalkan adab tidur Nabi SAW tidur kita itu dikira sebagai ibadat.Kita mendapat ganjaran drpd Allah SWT tanpa perlu berpenat lelah dan ganjaran yg diperolehi pula adalah ikhlas.Untuk melakukan sesuatu amal dengan ikhlas semata2 kerana Allah kita perlu memenuhi banyak syarat barulah amalan kita itu dikira ikhlas.Dan amal yang ikhlas hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.Malaikat yang mencatat amal itu sendiri pun tidak mengetahui sama ada amal yang dilakukan oleh orang tersebut ikhlas atau tidak.Begitu sukarnya untuk mendapat keikhlasan dalam amal.


Tuan2 yang mulia,namun begitu kita sebagai umat Nabi SAW harus bersyukur kerana dikurniakan amalan sunnah ini kepada kita.Jika tidak kehidupan kita ini tiada bezanya dengan kehidupan orang yang tidak beriman bahkan mungkin tiada bezanya dengan haiwan.Saya akan menyatakan lebih lagi mengenai adab2 dan amalan sebelum dan selepas tidur pada catatan saya di masa akan datang.Kerana kekangan waktu saya tidak dapat nyatakan disini.Catatan ini hanyalah drpd manusia yang lemah yang serba kekurangan dan tidak terlepas drpd melakukan kesilapan.Jika ada sebarang kekurangan didalam catatan saya ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.Sekian dahulu drpd saya semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Rabu, 25 Oktober 2017

Doa hari khamis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Do'a Hari Khamis
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam..
Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barkah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah Ya Jaliilu,Tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yg Engkau halangi.
Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.

Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa isteri-isteri kami,dosa-dosa anak-anak kami, dosa- dosa adik beradik kami, dosa-dosa sahabat-sahabat kami, dosa-dosa guru- guru kami, dosa-dosa kaum muslimin dan
 muslimat sekalian kerana engkaulah yang maha pengampun lagi maha pemurah...

Ya Allah Ya tuhan Kami engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, rezeki yang banyak kepada kami, tetapkan iman kami dan matikanlah kami dalam HUSNUL KHATIMAH dan  jangan ENGKAU matikan kami dalam SUU'UL KHATIMAH...

Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kami, isteri kami, anak-anak kami, adik-beradik kami dan sahabat-sahabat kami hati yang penuh dengan iman ya Allah... sehatkanlah tubuh badan kami ya Allah, pertautkan kasih sayang kami kerana Mu ya allah..

 Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, iman yang kuat tanpa goyah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik , kecerdasan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar  dalam kehidupan kami kerana Engkaulah tempat kami meminta segala permintaan...

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.