Jumaat, 27 Oktober 2017

ADAB TIDUR SUNNAH|mukadimah~pesanan buat ummat

Assalamualaikum.
tuan2 yg dimuliakan oleh Allah SWT sekalian.
Umur setiap manusia di akhir zaman ini secara puratanya hidup sekitar 60 hingga 70 tahun.Yang hidup lebih drp lingkungan itu ianya adalah bonus dan pemberian daripada Allah Swt.



Setiap manusia tidak boleh lari daripada mengantuk.Setiap hari kita akan menghabiskan sebahagian masa hidup kita untuk tidur dan rehat.Paling kurang kita akan tidur dan rehat antara 4jam sehingga 8jam sehari.Jika seorang itu berumur 60 tahun dan dia tidur 6jam setiap hari maka dia telah menghabiskan masa 15 tahun hanya untuk tidur.Dan jika dikira bermula drpd umur 12 tahun(baligh) hingga umur 60 tahun pula,dia telah menghabiskan masa 12 tahun untuk tidur.


Tuan2 yang dimuliakan sekalian, jika kita tidur dan tidak mengamalkan adab tidur mengikut sunnah Nabi SAW semasa tidur maka kita telah mengsia-siakan masa kita 12 tahun begitu sahaja.Sedangkan kita boleh mendapat manfaat yang besar daripada aktiviti tidur kita.Tidur adalah amalan yang paling ikhlas kerana tidak ada sifat sombong,riak dan takabbul dalam melakukan amalan tersebut.Dengan mengamalkan adab tidur Nabi SAW tidur kita itu dikira sebagai ibadat.Kita mendapat ganjaran drpd Allah SWT tanpa perlu berpenat lelah dan ganjaran yg diperolehi pula adalah ikhlas.Untuk melakukan sesuatu amal dengan ikhlas semata2 kerana Allah kita perlu memenuhi banyak syarat barulah amalan kita itu dikira ikhlas.Dan amal yang ikhlas hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.Malaikat yang mencatat amal itu sendiri pun tidak mengetahui sama ada amal yang dilakukan oleh orang tersebut ikhlas atau tidak.Begitu sukarnya untuk mendapat keikhlasan dalam amal.


Tuan2 yang mulia,namun begitu kita sebagai umat Nabi SAW harus bersyukur kerana dikurniakan amalan sunnah ini kepada kita.Jika tidak kehidupan kita ini tiada bezanya dengan kehidupan orang yang tidak beriman bahkan mungkin tiada bezanya dengan haiwan.Saya akan menyatakan lebih lagi mengenai adab2 dan amalan sebelum dan selepas tidur pada catatan saya di masa akan datang.Kerana kekangan waktu saya tidak dapat nyatakan disini.Catatan ini hanyalah drpd manusia yang lemah yang serba kekurangan dan tidak terlepas drpd melakukan kesilapan.Jika ada sebarang kekurangan didalam catatan saya ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.Sekian dahulu drpd saya semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Rabu, 25 Oktober 2017

Doa hari khamis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Do'a Hari Khamis
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam..
Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barkah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah Ya Jaliilu,Tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yg Engkau halangi.
Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.

Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa isteri-isteri kami,dosa-dosa anak-anak kami, dosa- dosa adik beradik kami, dosa-dosa sahabat-sahabat kami, dosa-dosa guru- guru kami, dosa-dosa kaum muslimin dan
 muslimat sekalian kerana engkaulah yang maha pengampun lagi maha pemurah...

Ya Allah Ya tuhan Kami engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, rezeki yang banyak kepada kami, tetapkan iman kami dan matikanlah kami dalam HUSNUL KHATIMAH dan  jangan ENGKAU matikan kami dalam SUU'UL KHATIMAH...

Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kami, isteri kami, anak-anak kami, adik-beradik kami dan sahabat-sahabat kami hati yang penuh dengan iman ya Allah... sehatkanlah tubuh badan kami ya Allah, pertautkan kasih sayang kami kerana Mu ya allah..

 Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, iman yang kuat tanpa goyah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik , kecerdasan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar  dalam kehidupan kami kerana Engkaulah tempat kami meminta segala permintaan...

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.